Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Monday, December 16, 2013

nota daripada sahabat

Hari ini tiba-tiba je semangat rajin tuk kemas bilik datang melimpah ruah. Sememangnya amatlah jarang diri ni sebenarnya nak mengemas bilik, setakat tegangkan cadar katil tu boleh skit2. Ni sampai susun2 barang, buku, buang sawang tu memang sangat luar biasa.haha. Masa tengah syiok susun2 buku lama, terjumpa lak kertas jawapan trial spm dulu. Baru pasan ada short note kat kertas tu. terus terimbau zaman2 mrsm dulu.huhu






Alamak bila baca balik, rasa kinda cute je note yang sahabat aku tulis ni, haha.pada masa yang sama, rasa terharu gak kan bila baca balik note yg ditulis 6 tahun lalu ni. terasa betapa sayangnya sahabat ni kat aku masa tu.maybe masa tu xterasa sangat, ni lepas 6 tahun, baca balik note ni, memang boleh mengundang air mata.

Seingat aku, note ni ditulis sebab masa spm dulu, aku ni kuat tidur, kat hostel tidur, dalam kelas pun tidur, masa prep pun tidur gak. Xhabis2 asyik tidur je. So, sahabat aku ni risau bila tgk aku macam tu.terus dia tulis note ni, lebih kurang macam pesanan tuk aku.kononnya nak bagi aku sedar daripada terus dibuai mimpi..alahai sweetnya.haha sampai terasa macam nak invent mesin masa, nak kembali zaman2 sekolah dulu.nak ulang setiap saat, jam, hari waktu spm. dulu asyik nak cepat besar tapi sekarang nak jadi budak2 balik.haha..betullah kata orang zaman sekolah lah paling best..tapi sayang masa lalu sudah pasti tidak dapat dikembalikan..huhu



Jom mengimbau kembali zaman mrsm


ini masa kelas 4 batani


kelas 5 Dublin baru lepas buat drama seruling








Monday, December 9, 2013

balada seorang dyslexia..

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 4 bulan aku meninggalkan uitm. terasa rindu membuak-buak nak ulang balik masa belajar dengan semua classmates. Pengalaman belajar kat uitm shah alam merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidup aku. aku dapat kawan yg gler awesome, lecturers yg sgt happening and paling best aku berjaya dapat first class degree walaupun aku ni seorang penghidap penyakit dyslexia. Alhamdulillah sangat.

Sebenarnya kalau sesapa yang ada dyslexia ni, memang sangat susah nk belajar and very slow dlm proses pembelajaran, pembelajaran selalu je terganggu. personally, subjek yang paling aku banyak masalah ialah bahasa. bahasa aku memang sangat teruk, sampai skg aku xboleh sebut certain words. kadang2 aku rasa macam org sekeliling aku susah nak faham apa yang aku cakap. dorang selalu komen aku cakap benda yang dorg xpaham. pastu, part listening aku lagi worst.memang terbukti teruk masa test muet and ielts, even aku dpt band 4, listening aku dpt rendah gile...bwh 20 kot.. aku ni xboleh tangkap biji buah perbualan org.org cakap lain, aku paham lain. maybe certain people kata benda tu common. tapi bagi aku, kalau tiap2 kali org ckp, aku xpham, apa kejdahnya.huhu.tu belum lagi kalau aku speaking, lain yang aku fikir, lain yang kuar dr mulut.haha..

and hari ni ada sedara aku cerita yang dia risau pasal perkembangan anak dia kat sek, walaupun dah darjah satu still xboleh membaca.actually aku dulu mengalami masalah yang lagi teruk itu. cikgu sekolah aku dulu sampai give up xnak ajar aku.sebab aku xboleh kenal huruf lagi.cikgu tu sampai pesan kat mak aku, yang aku ni kena bawak jumpa doktor pakar.mak aku masa tu risau sangat.walaupn masa tu aku bdk2 lagi, tp aku rasa sedih sangat bila cikgu sampai give up xnak ajar aku.semenjak tu, mak aku beli poster huruf2,nombor,alif ba ta, lekat kat dinding rumah.tiap2 ari aku kena rotan sebab selalu xingt abjad.aku cuma tahu A,B,C je..huruf lain aku dah lupa balik..mak belikan buku suku kata tuk bm, so setiap hari mak ajar aku suku kata.tapi mcm biasa, aku mesti lupa.benda ni berterusan sampai aku darjah tiga.aku masa tu hari2 berdoa semoga Allah mudahkan aku belajar.aku teringin sangat nak baca buku. Alhamdulillah berkat mak abah selalu ajar and doa dorg.aku boleh membaca skit2 dah.sampai darjah 5 baru la okay.walaupun masa tu buku rekod exam aku penuh merah (ada subjek yg aku dpt 10/100) tapi aku happy sgt sbb dah boleh membaca..mmg susah nak catch up balik semua subjek yang kita ketinggalan.walaupn mak abah aku belajar sampai spm je tp dorg gigih ajar anak dorg yg slow ni..paling tak tahan, bila upsr aku dapat 3A 2B,haha cikgu pn xpercaya sbb bdk dari second last class ni pn dapat result okay.haha..sikit demi sikit barulah pelajaran aku meningkat.macam org biasa, ada naik dan ada jatuhnya.

tu semua aku cerita kat sedara aku tadi, sbb aku tahu dia risau sgt pasal anak dia.lepas dia dengar cerita aku n dengar dari mulut mak aku lak, baru la dia nampak macam ada harapan skit. hope pas dia dengar kisah aku, dia dapat la sikit inspirasi tuk anak dia.aku faham setiap ibu bapa inginkan yang terbaik tuk anak mereka.tapi tidak semua dilahirkan dengan kebolehan yg sama, ada yg cepat n ada yg slow.tp inshaAllah kalau kita terus berusaha kita boleh ubah semua tu...man jadda wa jadda..






"Kenangan yang lalu akan terus berlalu tanpa ada kali keduanya
biarpun ia pergi menjauh namun rasa akrab persahabatan tu
akan terus segar dan mekar dalam ingatanku"










Thursday, October 24, 2013

jalan itu




mulanya jalan tu satu, 
ianya milik kita,
,jalan aku dan engkau, 
kita bersama menyusuri jalan itu,
langkah kita sama, seia dan sekata..

tapi kini langkah kita tiada lagi sekata, 
terhenti tanpa nada serupa, 
tiada lagi kesamaan,
yang ada cuma sumbang,
hingga memaksa jalan satu itu menjadi dua
aku dengan jalanku dan engkau dengan jalanmu
pisah kita tiada ketahuan temunya nanti..






Monday, August 12, 2013

menuju terang ini

pandangan kian samar
tiada lagi cahaya terang
teraba-raba aku
mencari arah yang hilang
tanpa bantuan sang kompas
ya..aku masih teraba-raba
mencari jalan dalam kelegaman

mana cahaya???
mana sang kompas???

semuanya sudah tiada
yang ada cuma
aku seorang...sang pengembara jalanan
terus berjalan dalam kebutaan
tanpa cahaya tanpa arah
mencari akan terang itu..






Friday, April 12, 2013


jeng..jeng..
setelah berusia 23 tahun,  buat pertama kalinya akan mengundi tuk Pilihan raya umum 2013..
So, kpd semua jangan lupa tuk balik mengundi dan ingat undi anda adalah rahsia..

Friday, March 8, 2013

birthday saya!!







Hooray, Im officially 23 years old!!
I have grown up as a handsome young man
I want to thank to all for wishing me happy birthday and did celebrate my big day with huge surprises!!

Especially the birthday celebration at icity!
what i didnt expect.

At first, my housemates (zul, helmi, faris n hafidz) and I planned to have dinner to celebrate my 23 birthday.
Habis je dinner, dorang ajak ronda2 icity and ikut je dorang..
Sampai je icity..
jeng..jeng..jeng..
i saw our classmates were there
and
they started singing happy birthday song for me
apa lagi mata dah mula berair!!
syakirah wakaka did record that.
malu je, dah besar pn nak touching sampai nanges..haha..

my birthday cake..kiut kan.rasanya cam apollo
These people really made my day!!thank you guys..
masa ni jenuh nak baca kad dorang bagi..hihi

my 2nd birthday surprise lak di lab forensics..
aku n zul buat fyp kat lab forensics and kat sn kami berdua je bdk degree
yang lain2 tu semua postgrads.

that day was my birthday
and hari tu semua orang xada kat lab (xsyak pepe pun cuz xpenah gtaw dorang bila birthday)
hari tu cuma aku n zul je
aku buat lab macam biasa
then zul suruh aku teman dia g on pump gas tuk gc-ecd kat bawah..
memula aku malas nak teman dia
tapi dia paksa gak
bila turun bawah
tengok2 kak norlie, kak heha, abg rafaie, kak bayu n pn haida ada kat sana
ada kek sekali..
ingatkan dorg nk celebrate besday bdk postgrads
tapi rupanya dorang celebrate besday aku..
huhu terharu..padahal baru kenal dua minggu


kek yang kak bayu buat..



rakan2 lab forensics..

Anyway, thanks to everyone yang ingat, wish and sudi celebrate birthday saya..
nak sebut semua nama memang banyak..
takut tak tersebut..hihi.
thanks sgt cuz wish happy birthday.
each wish is counted and it means a lot to me, friends..

My deepest thanks to my best friend, zul.
i know you are the mastermind tuk surprise birthday aku kan..
thanks for being good friend to me... 
terima kasih sgt cuz pinjamkan aku duit time aku pokai,
terima kasih bagi support when i was down.
aku mintak maaf kalau aku ni ada buat benda yang menyakitkan hati hang.
nanti hang kahwin, aku bagi hadiah special k..haha..

last, my sincerest gratitude goes to my parents.
Mak and Abah thanks post muffin sampai ke shah alam.
sedap sangat..
Angah mintak maaf sbb selalu menyusahkan mak n abah
Angah harap umur angah dipanjangkan dan boleh balas balik jasa mak n abah
and yang paling penting Angah wanna make u proud of me and take care of u for the rest of my life..
i love u both..





 

Wednesday, November 28, 2012

merapu...


jantung ku hari ni mulai menari-nari umpama di pesta
tegarnya bertari di lantai dada dengan kencang
sekencang putaran angin tornado
apa yang datang merasuk si jantung
ntah tidak kutemui jawapannya..






Saturday, November 10, 2012

orang tua-tua kata...

Orang tua-tua kata siapa yang jadi pengapit, nanti kahwin cepat!!!

Nah, sekarang dah terbukti hipotesis di atas is proven wrong. Sebab aku yang dah tiga kali (baca semula,bukan sekali tapi TIGA kali) jadi pengapit tapi still membujang.kawan aku yang xpernah jadi pengapit pulak yang kahwin dulu.hihi..

Maybe belum jodoh aku lagi (saja nak menyedapkan hati) huhu. jangan jadi macam filem 27 dresses versi lelaki sudah..kuang2..

Bila aku cerita sai kahwin, mak aku siap2 dah warning.

"Angah, jangan kahwin cepat sangat, nanti asyik utamakan bini je! Mak n Abah lak, Angah biarkan"

haha.Riso bebeno Mak aku pun..aku ni hah kerja pun belum, macam mana nak kahwin....hihi.

lagipun lambat lagi nak fikir sai kahwin, target kahwin bila umur dah 25 tahun keatas..

so nanti dah berkemampuan, grab la mana2 pompuan yg solehah tuk dibuat bini..haha.xpayah cinta2 ni, kang xkesampaian je memanjang..haha

tapi rasanya syiok lagi jadi pengapit dapat makan best2 je..dah pengantin malu2 nak makan..so sesiapa nakkan pengapit lelaki boleh la contact aku ye..haha..



ni 1st time jadi pengapit.debar bos..

Ni masa wedding akak aku.so kene over sikit.haha

masa makan beradab bersm pengantin plg syiok.lauk sedap.yummy