Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Friday, August 21, 2009

somebody is leaving, ramadhan is coming

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Dalam bulan ramadan, tiada lagi hasutan dan bisikan syaitan.Malah,kita tidak berperang dengan syaitan kerana syaitan diikat dalam neraka. Pintu neraka turut ditutup, manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya.Namun pada bulan yang mulia ini kita akan berperang dengan nafsu kita sendiri. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan kemungkaran dan sentiasa melakukan segala suruhan dan tuntutan agama hendaknya, insyaallah.

KEBAIKAN BERPUASA

  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah,
  2. Para malaikat memohon keampunan kepada Allah untuk orang-orang yang berpuasa.
  3. Pada bulan ini juga terdapat satu malam,kelebihannya melebihi 1000 bulan iaitu ‘lailatul qadar’.
  4. Sedekah dan solat pada tengah malam itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api. Dan apabila kita membaca ayat- ayat al-Quran,setiap huruf akan digandakan 10. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak mahu mengambil peluang ini untuk beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh..
Happy fasting to all muslim over the world. Stop commit sin and do something good. Enjoy every moment in a holy month, Ramadhan. Dont forget go terawih.