Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Tuesday, December 14, 2010

D sebuah restoran

ku menuntun seorang lelaki berumur emas
ke sebuah restoran,
yang bersepah umat manusia
sedang asyik meratah lauknya.

tapi semuanya terhenti seketika
umpama detik jam yang telah mampus,
anak mata mereka menembak tepat
ke sasaran iaitu aku,
yang terhegeh-hegeh mencari meja kosong
sambil tanganku memegang erat ketiak orang tua itu.

apabila aku bersuara dengan volume tinggi
sewaktu membacakan
menu kepada lelaki beruban di sisi ku,
pemuda yang menulis menu kami di kertas
seolah-olah ingin menjelirkan
korneanya tanda protes terhadap aku.

"Oit atuk aku kurang pendengaran la pandai,
tu kene cakap kuat sikit",
jeritan batinku yang tiada kedengaran
ke arah pemuda yang bergelar waiter itu.

sewaktu lelaki tua itu
terketar-ketar menghulurkan duit
kepadaku,
wanita berskirt pendek di meja cashier
menunjukkan mimik muka
yang jelik melihat aku menge'Pau' orang tua.

"wahai perempuan berkudis di paha
atuk aku yang nak belanja cucu dia
sekali-sekala apa la salahnya,
plus aku tak kerja lagi",
bisik aku dengan sopan-santun
sehingga telinga wanita itu
tidak mampu menangkap kata-kataku.

ku pantas membimbing nendaku
ke dalam kereta
dan memecut laju meninggalkan
restoran itu dengan
penuh kepastian
untuk tidak akan menjejak kaki ke sana lagi.