Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Sunday, December 12, 2010

bila result dah keluar


Cuba teka apa perasaan aku bila tengok slip exam terpampang besar di skrin lappy??


Tekaan pertama:

"HAPPPY?"
-salah

Tekaan kedua:

"SAD?"
-pun salah gak

ANSWER = TAK RASA APA APA PUN

Aku xrasa apa2 bukan sebab aku manusia yang tidak punya perasaan.
Cuma aku rasa apa yang aku dapat bukan sebab aku berhak dapat.
aku rasa aku xbelajar apa2 pun sem lepas.
aku cuma masuk kelas, balik kelas, makan, tidur.
tu jela aku buat sepanjang 5 bulan kat uitm.
xbelajar apa2 pun..huhu


Buktinya:

1.tiru lab report orang lain
-selagi Atika amin atau jannah balqis xbuat lagi report dorg,
selagi tu la aku xkn start wat report aku.
lepas dorg dah siap buat, aku pinjam n tiru bulat2 (x la tiru 100%, pandai2 la ubah sikit)

2.Bila buat assignments, copy n paste dari google
-Ni lagi la teruk,bila ada assignments kene buat.aku terus g cari kat google,xbaca langsung articles tu..
Hanya RIGHT CLICK, then terus je g copy,paste
n then menggunakan kemahiran paraphrase yang hebat..
supaya tak la nampak plagiat..

3.Esok ada test, malam ni baru buka buku
-ni amalan turun-temurun..
niat baca buku pun setakat nak pass exam n test je..
bukan baca buku sebab nak belajar..

4.hafal membabi buta
-hafal ayat2 dalam buku sebab nk score exam je bukan nak faham sgt.
bila exam habis,lupa dah semua fakta

5.belek notes lecturer bagi??
-aku cuma tengok balik notes yg lecturers bagi bila si zul n adan datang bilik aku.
dorang tanya soalan n part yg dorang xfaham..
masa tu la aku terhegeh2 nak cuba faham balik apa yang lecturers ajar.
kalau x, buat bodoh je.

6.buat soalan past years??
-bila syakira n awatif msg n kol aku tanya soalan past years yang dorang xreti buat.
baru la aku selongkar balik loker nak cari soalan past years yang lecturers suruh buat.

7.g tanya soalan kat lecturer??
-pergi jumpa lecturers cuma bila kawan2 suruh teman dorang jumpa lecturers..
baru la sibok3 nak try nyibok tumpang sekaki tanya kat lecturers.

8.amalan dengan Allah swt??
-ni la sgt hipokrit.bila seminggu lagi nak final, baru aku la teringat nak bangun tengah mlm buat tahajud, buat segala jenis solat sunat..
masa tu gak baru teringin nak baca kalam2 Allah swt sehelai dua..

conclusion: hisham anda sorang hamba peperiksaan.

malangnya,masyarakat kat luar sana pula semua menuding jari dan menyalahkan sistem pendidikan kita yang melahirkan sampah2 akademia muda yang berorientasikan peperiksaan semata2.

Hakikatnya bukan sistem pendidikan yang salah.

yang benar2 salah dalam hal ini ialah individu2 yang menjadikan diri mereka hamba kepada peperiksaan.

sebab individu2 macam aku yang memilih jadi hamba peperiksaan berbanding jadi hamba Allah swt yang menuntut ilmu kerana-Nya..

oleh itu,saya nak bgtaw kepada kawan2 yang dapat pointer yg kurang memuaskan, jangan kecewa k..
ingat 2,3 tahun akan datang xada siapa pun akan ingat betapa tingginya atau rendahnya pointer anda..

yang penting sekarang kita ubah niat kita belajar bukan sebab nak bagus dalam exam semata2 tapi kerana ingin mencari keredhaan Allah swt n memajukan kaum,bangsa,agama n negara kita..ok?

buat umat Islam, ayuh kita bangkit semula n bangunkan tamadun islam kembali sebagaimana kecemerlangan kerajaan islam terdahulu seperti bani abbasiyah,turki uthamniyah yang melahirkan ramai ilmuwan islam..

Umat islam sekarang bukan perlukan remaja sehebat lady gaga, mahupun secomel taylor swift, tapi dambakan pemuda-pemudi yang jiwanya sehebat sultan muhamad al-fateh, saidina ali..

moh kawan2 kita berhijrah ke arah yang lebih baik k..
semoga Allah swt membantu kita..amin..

sekian~~~~~~