Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Monday, May 30, 2011

jealous

yeah aku memang kuat cemburu..
aku sangat2 'jealous'..

hari ini
aku tengok ramai kawan aku yang dah berubah
yang dulunya nakal
namun sekarang dah jadi baik

aku jealous
bila tengok mereka dapat menikmati "kemanisan iman"
dan aku cuma menikmati "syoknya dunia"

aku memang cemburu
sebab aku tahu
aku belum lagi dapat merasai 'kemanisan iman" itu..




Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



sudah terang lagi bersuluh, aku tahu aku xada semua perkara yang membolehkan aku merasai kemanisan iman, iaitu berasa gembira bila melakukan ibadat kepada Allah swt.



1.Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.


Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadah malam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 )

Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yang beriman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambil mengharap akan keredaan Allah dan shurga Allah dan didorong oleh rasa takut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika " rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilai ibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar kerana takut dan harap.


2.Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah

Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa.

Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah.




3.Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api.

Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api.






p/s mudah-mudahan kita akan tergolong dalam kalangan mereka yang merasai kemanisan iman.amin