Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru

saya nak mengucapkan selamat hari guru tuk semua guru-guru n bakal guru sekali..

hari ni special post tuk cikgu zainon....





gambar cikgu zainon




cikgu zainon ni guru kelas aku masa darjah 1.beliau lah melantik aku jadi penolong ketua kelas 1 kualiti yang sangat gila kuasa waktu tu..aku sorg je budak laki yang jd penolong, zatil akmar lak jadi ketua kelas..

aku sangat2 berterima kasih kepada cikgu zainon sebab dia banyak membantu aku menjadi aku pada hari ini.

kalau nak tahu, beliau lah guru kelas merangkap cikgu bm n cikgu matematik masa darjah 1 dulu..

tahun 1997 pada setiap hari jumaat, beliau akan buat ujian ejaan sebanyak 10 perkataan....sape salah eja 1 perkataan,kene rotan kat tangan sekali..aku slalo kene rotan 10 kali, maksudnye sume salah..sebab dulu xpndai baca lagi.huhu..kene rotan dengan pembaris panjang sampai kebas tangan aku..

matematik lak...kami kene hafal sifir 1-9..setiap hari ada je yang kene soal sifir..aku lak xhafai2 sifir..then kalo xdpt jwb sifir, slalo kene tarik sideburn..memang sakit..

peristiwa paling aku xlupa, dulu masa cikgu zainon tengah ajar, aku nak pergi tandas nak berak..tapi sebab takut dengan dia,aku tahan nak buang hajat...sampai terberak dalam seluar..cikgu sampai marah aku sebab xbgtaw nak berak,tapi dia gak yang tukar seluar tuk aku..terima kasih cikgu..

haha..tu memang sangat memalukan..sampai naek bus sekolah pun kene ejek..haha dasar budak loser..

selepas berpuluh tahun xjumpa cikgu zainon, last year tetibe aku teringat cikgu zainon balek..

aku tried lah google sk jalan pegoh..

aku jumpa email cikgu..aku pun tulis email kat cikgu zainon..then cikgu balas..hehe..rupa-rupa cikgu ada fb,aku pun add la..kirenye fb lah penyambung tuk mengeratkan hubungan kami sebagai bekas murid dengan cikgunya




gambar profile fb cikgu zainon



then, cikgu tag gambar aku masa darjah satu dulu..huhu..xsangka cikgu ingat lagi aku walaupun dah berpuluh tahun xjumpa,muka pun dah lain kan..tapi cikgu still ingat gak,nampak sangat nakal dulu2 smpi cikgu ingat lagi..







ni gambar cikgu zainon tag kat fb. aku sebelah budak pompuan tu


tadi aku hantar msg kat cikgu zainon,
"salam cikgu zainon,saya nak mengucapkan selamat ari guru..terima kasih sudi ajar saya dulu..doakan kejayaan saya ye.."
cikgu zainon replied,
"As salam, Hisham. Terima kasih atas ingatan. Kebanggaan guru bila murid masih mengingatinya. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan Hisham & rakan2 yg lain."


sebagai penutup post,nak ucap lagi sekali terima kasih sangat2 kat cikgu zainon.alhamdulillah sebab cikgu ajar bm n matematik..berkat kene rotan kat tangan, kene tarik sideburn.. sampai saya jadi taiko matematik sekarang..sume celah gigi je (berlagak lak..haha)...

terima kasih sangat2..jasamu dikenang..kawan2 kat luar tu jangan lupa jasa cikgu ye..jgn lupa wish hari guru tanda mengenang jasa dorang k..tc...