Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Monday, December 16, 2013

nota daripada sahabat

Hari ini tiba-tiba je semangat rajin tuk kemas bilik datang melimpah ruah. Sememangnya amatlah jarang diri ni sebenarnya nak mengemas bilik, setakat tegangkan cadar katil tu boleh skit2. Ni sampai susun2 barang, buku, buang sawang tu memang sangat luar biasa.haha. Masa tengah syiok susun2 buku lama, terjumpa lak kertas jawapan trial spm dulu. Baru pasan ada short note kat kertas tu. terus terimbau zaman2 mrsm dulu.huhu






Alamak bila baca balik, rasa kinda cute je note yang sahabat aku tulis ni, haha.pada masa yang sama, rasa terharu gak kan bila baca balik note yg ditulis 6 tahun lalu ni. terasa betapa sayangnya sahabat ni kat aku masa tu.maybe masa tu xterasa sangat, ni lepas 6 tahun, baca balik note ni, memang boleh mengundang air mata.

Seingat aku, note ni ditulis sebab masa spm dulu, aku ni kuat tidur, kat hostel tidur, dalam kelas pun tidur, masa prep pun tidur gak. Xhabis2 asyik tidur je. So, sahabat aku ni risau bila tgk aku macam tu.terus dia tulis note ni, lebih kurang macam pesanan tuk aku.kononnya nak bagi aku sedar daripada terus dibuai mimpi..alahai sweetnya.haha sampai terasa macam nak invent mesin masa, nak kembali zaman2 sekolah dulu.nak ulang setiap saat, jam, hari waktu spm. dulu asyik nak cepat besar tapi sekarang nak jadi budak2 balik.haha..betullah kata orang zaman sekolah lah paling best..tapi sayang masa lalu sudah pasti tidak dapat dikembalikan..huhu



Jom mengimbau kembali zaman mrsm


ini masa kelas 4 batani


kelas 5 Dublin baru lepas buat drama seruling