Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture (unknown author)

Tuesday, June 2, 2009

kau bernama Chin Peng..

           SAY NO TO CHIN PENG!!!!

Baru-baru ini,kita sering disajikankan dengan paparan bantahan daripada mangsa2 kekejaman chin peng serta konco2nya di media massa.Semuanya bermula gara2 tindakan segelintir pihak yg memohon kerajaan membenarkan CP(chin peng) pulang ke tanah air.Aku tertny2 adakah mereka ini lupa akan apa yg telah dilakukan oleh si CP atau mereka tidak pernah mengerti sejarah malaysia .Hakikatnya,permintaan pihak itu seakan mempunyai motif yg tersendiri,motif yg berunsur kepentingan politik.

Permintaan mereka itu seakan menghina segala titik peluh n darah korban anggota keselamatan negara yg pernah mmpertahankn keamanan negara kita daripada ancaman PKM dulu.Antara tahun 1960 sehingga perjanjian damai hatyai, ribuan nyawa telah terkorban tidak kira bangsa,melayu,cina atau india,manakala terdpt ribuan lg cacat fizikal angkara si durjana CP. Setelah sekian lama bekas2 perajurit berusaha memerangi PKM,cukupkah dgn pengampuanan kpd CP!!!Setelah dia membunuh ribuan insan yg tidak berdosa dan membenarkn dia kembali berpijak di bumi malaysia.

Seandainya,pihak2 tertentu tetap berdegil menginginkn CP kembali n sedia menymbut dgn tangan terbuka kepulangan seorg pembunuh,CP.Justeru,undang2 adalah kunci utama memastikan CP dpt pembalasan bagi semua kesalahannya.CP harus didakwa sebagai penjenayah perang dan dihadapkan ke mahkamah tribunal anatarabangsa agar keadilan bagi setiap mangsa kekejaman CP dpt ditegakkn.CP memang wajar menerima hukuman yg seberat2nya setimpal dgn apa yg dilakukannya.

Pintaku agar semua pihak  membuat pertimbangan yg bijak serta mengenepikan kepentingan masing2 dgn memikirkn baik buruknya membenarkn CP kembali ke Malaysia meskipun si CP lahir di sini.Pastinya kita tidak mahu anasir2 n ideologi komunis kembali menular dalam kalangan rakyat malaysia dan sejarah yg lalu seharusnya menjd panduan n pengajaran utk kita semua hendaknya.